25 July 2022

LEONA TAMPIL RAMBUT BARU JADI BUALAN



Anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.


Sebelum ini, nama Leona hangat diperkatakan selepas memuat naik video memaparkan dia sedang menari dengan memakai baju mencolok mata. Ramai netizen yang tampil menegur selain mengkritik penampilan Leona.

Tidak melatah dengan kecaman netizen, baru-baru ini perkongsian Leona sekali lagi menjadi bualan apabila memuat naik gambarnya dengan warna rambut barunya. Menerusi foto itu, Leona dilihat memakai skirt berwarna hitam yang mendedahkan bahagian dadanya sedang duduk di atas lantai.

Meninjau ke ruangan komen di Twitter, rata-rata netizen memuji kecantikkan Leona. Malah perkongsian gambar tersebut mendapat lebih dua ribu 'likes'. Tidak kurang juga, ada netizen juga turut mengatakan Leona sama seperti karekter Betty Boop iaitu kartun yang pernah popular pada era 1935.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: