23 July 2022

MAKAN DI RESTORAN GORDON RAMSAY BAR & GRILL - NORA DANISH DIPERSOAL NETIZEN STATUS HALAL



"Our first time dining at @gordonramsaybarandgrillkl 🥰 The food was amazing. The highlight for us was the Steak Tartare n Beef Wellington, yumss! Oh yes and the Scallop was good too, and the Oysters 🥰🥰🥰😵‍💫.


"Thank u @sunwayresortkualalumpur for the wonderful hospitality 💙," kata pelakon Nora Danish yang berkongsikan pengalamannya menikmati hidangan di restoran mewah milik cef terkenal dunia, Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort, Petaling Jaya.

Menerusi entri itu, Nora tidak keseorangan ke restoran tersebut apabila turut ditemani suaminya, Nedim Nazri serta dua anaknya. Dalam perkongsian itu juga, Nora turut teruja apabila disajikan dengan hidangan terkenal di restoran terbabit antaranya Steak Tartare dan Beef Wellington.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Nora itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan tentang status halal restoran berkenaan. Malah, ada netizen meragui status halal restoran tersebut apabila menu daging itu dihidangkan bersama sos wain merah.

Difahamkan, restoran itu tidak mempunyai sijil halal kerana turut menghidangkan alkohol. Bagaimanapun, tiada hidangan berasaskan daging babi dan semua bahan mentah diperoleh daripada pembekal yang berstatus halal.















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: