02 July 2022

SEKALI LAFAZ - DANIAL KINI SUAMI YASMINE



Pada jam 10 pagi tadi, penyampai radio Danial Zaini, 29, telah pun selamat bernikah dengan wanita pilihannya Yasmine Umira Yahya, 29, dengan sekali lafaz di Timorra Avanue, Kuantan, Pahang.


Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Yahya Abdul Rashid dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan artis dan saudara terdekat.

Yasmin menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran berjumlah RM 17, 777.77, seutas rantai emas dan sebentuk cincin. Dia turut menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki.

Dalam majlis tersebut, Danial dan Yasmine mengenakan busana akad nikah hasil sentuhan Amzar Atelier dan busana songket mewah daripada Man Kajang. Lebih istimewa, majlis turut diberi kejutan dengan pelancaran lagu terbaru Danial berjudul 'Hati' yang di tulis khas oleh Danial sendiri.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Danial akui cukup lega apabila hari bahagia mereka tiba juga selepas pelbagai dugaan dilalui sepanjang bertunang selama tujuh bulan.

"Sejujurnya ini adalah pengalaman yang indah dan sangat dinantikan. Banyak rakan rakan artis saya terkejut dan tak menyangka saya sudah bergelar suami hari ini. Pelbagai dugaan telah kami hadapi ketika tempoh pertunangan.

"Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua terutamanya kepada pihak penaja," katanya.

Pasangan mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2021 namun memutuskan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai. Ia demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: