02 July 2022

SELAMAT BERSALIN - RAJA ILYA & SUAMI TIMANG ANAK PEREMPUAN, 'TALITA LOVE'



"Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love," demikianlah kata pelakon Raja Ilya yang telah selamat melahirkan anak perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia, semalam.


Berkongsi berita gembira di laman Instagram, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, turut mendedahkan nama anaknya iaitu 'Talita Love' serta mengucapkan terima kasih pada mereka yang mendoakan kesejahteraan mereka.

Raja Ilya memberitahu dia bagaikan tidak percaya dirinya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Trent Garret, 40, pada 2018. Pelakon yang menetap di Perth, Australia itu turut berkata, dia tidak sabar untuk membawa pulang bayi mereka ke Malaysia tahun hadapan.

Klik untuk gambar besar



"Syukur Alhamdulillah puteri kami sudah di sini. Kalau kamu kata saya akan hamil lagi dalam tiga tahun, saya akan ketawa. Hari ini saya alami sebuah keajaiban, saat magis kelahiran bayi perempuan saya, Talita Love. Gugur air mata, saya masih terkejut. Terima kasih atas kasih sayang, sokongan, dan doa yang cukup terasa," tuturnya.

"Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu. Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan," ujarnya yang turut membuka akaun Instagram untuk anak sulungnya itu.

Terdahulu, Raja Ilya pernah berkongsi dia akan meminta bantuan seorang rakyat Malaysia yang juga menetap di Perth untuk proses berpantang.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: