01 July 2022

TEGAR TERPAKSA JUAL AKAUN MOBILE LEGENDS - NENEK JATUH SAKIT, MAHU BAYAR KOS RAWATAN



Penyanyi Tegar Septian yang baru sahaja mengumumkan perceraiannya itu sekali lagi berdepan dugaan apabila neneknya pula jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.


Tegar memberitahu, dia merancang untuk menjual akaun atau ID permainan atas talian, Mobile Legend miliknya bagi menampung kos perubatan neneknya itu.

"Kalau akaun terjual, saya mahu hantar nenek ke hospital kerana dia sakit. Minta doakan semoga nenek cepat sembuh," katanya dalam perkongsian di Instastory.

Penyanyi berusia 22 tahun itu sebelum ini mendedahkan dia dan isterinya iaitu Sarah Sheilka sudah bercerai disebabkan masalah perhubungan yang sudah lama ditanggung.

Klik untuk gambar besar



Perpisahan itu dikatakan berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bukan itu sahaja, Sarah juga pernah mendedahkan tindakan bekas suaminya meminjam duit dari rakan-rakan terdekat dengan alasan kesempitan hidup.

Sarah bagaimanapun mendakwa mereka melalui kehidupan seperti biasa dan tiada masalah kewangan. Kemelut rumah tangga itu menyebabkan bekas peserta program Big Stage 2022 ini tertekan hingga menyebabkan fizikalnya semakin kurus.

Untuk makluman, Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: