01 July 2022

SHUK KE MAHKAMAH: "AKU BUKAN JODOHNYA"



"Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya," demikianlah tulis pelawak Shuk Sahar pada kapsyen video di laman sosial Tiktok miliknya yang memaparkan dia berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam pada pagi Jumaat.


Dalam video tersebut, Shuk mengenakan kemeja hitam dan bersongkok sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. Video berkenaan seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

Bagaimanapun usaha media untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk mahupun isterinya gagal apabila kedua-duanya tidak memberi respon terhadap mesej yang dihantar.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat perjalanan hidup pasangan itu namun berharap pelawak itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar



"Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya."

"Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik."

"Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan," komen beberapa netizen.



Pada Selasa lalu, Sera muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

"Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri. Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

"Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia," jelasnya.

Untuk makluman, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: