01 July 2022

LUFYA NAFI MEREKA CERITA DIRI CEDERA, ANAK HAMPIR DICULIK - ADA SEBAB LAMBAT BUAT LAPORAN POLIS



"Ada segelintir pihak yang bersifat negatif kerana saya lambat membuat laporan polis. Saya mempunyai anak dan dalam masa yang sama saya dapatkan rawatan terlebih dulu kerana itu lebih penting.


"Mengenai siapa yang melakukan keganasan dan cuba menculik itu kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan," jelas pelakon Lufya yang menafikan dia sengaja melambat-lambatkan membuat laporan polis dan sengaja mereka cerita anaknya, Laana Haura, 5, cuba diculik di sebuah taman permainan di Kota Damansara, baru-baru ini.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar berkata, tiada istilah cuba cuba membuat drama atau mengada-adakan cerita kerana melengahkan urusan membuat laporan polis. Katanya, ini adalah soal nyawa yang bukan boleh diperjudikan dan dia mengambil pendekatan untuk tidak menuding menyalahkan mana-mana pihak di atas cubaan menculik terhadap anak perempuannya itu.

Klik untuk gambar besar



Pada insiden jam 4 petang, Ahad lalu itu, Lufya mendakwa seorang lelaki berbadan besar memukulnya dengan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya. Lufya turut mendedahkan niatnya berkongsi insiden itu di Instagram sebagai langkah berhati-hati kepada golongan wanita terutama yang bergelar ibu dan mempunyai anak.

"Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri. Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan sekali gus menyelamatkan anak. Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: