01 July 2022

AZZAM SHAM DEDAH ISTERI KINI HAMIL 5 BULAN: "MACAM TAK PERCAYA SAYA BAKAL BERGELAR BAPA USIA MUDA"



"Alhamdulillah, memang betul Sheryl kini mengandung. Kami berdua tahu mengenai berita ini (hamil) sejak Mac lalu dan tidak berkongsikannya lebih awal kerana menghormati nasihat keluarga kedua-dua belah pihak.


"Ibu bapa saya dan keluarga mentua menasihatkan kami agar tidak berkongsikannya lebih awal disebabkan usia kandungan Sheryl pada ketika itu baharu trimester pertama dan belum kuat lagi.

"Betullah khabar angin selama ini mengatakan isteri saya hamil. Sekarang usia kandungan sudah masuk lima bulan. Sudah lama saya simpan berita ini. Tetapi ikut nasihat keluarga lebih elok rahsiakan dulu.

"Rasanya sekarang sudah tiba masa untuk saya ceritakan," itulah kata penyanyi dan pelakon Azzam Sham, 25, yang akhirnya sedia berkongsi berita gembira setelah sekian lama mengunci mulut dimana dia akan bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya juga penyanyi Sheryl Shazwanie, 25, kini mengandung lima bulan.

Klik untuk gambar besar



Azzam ketika ditemui berkata, dia berdiam diri sebelum ini apabila ada segelintir pengikut di Instagram bertanyakan perihal kehamilan itu berikutan sudah terlihat 'baby bump' Sheryl kerana mengikut nasihat keluarga.

Menurut Azzam, dia terpaksa merahsiakan mengenai perkara itu sebelum ini kerana mengikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi terlalu awal. Tidak percaya bakal bergelar bapa hujung tahun ini, Azzam berkata dia banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapanya mengenai hal penjagaan bayi.

Dalam pada itu, Azzam yang berusia 25 tahun itu turut memberitahu dia akan mempertimbangkan sebarang tawaran kerja kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.



"Sehingga sekarang rasanya macam tidak percaya saya bakal bergelar bapa dalam usia muda. Semestinya saya banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapa kami selain membuat bacaan di internet.

"Selepas ini mungkin saya perlu pertimbangkan tawaran kerja yang terlalu lama. Tidak boleh pulang lewat kerana mahu beri tumpuan kepada isteri dan anak," tuturnya.

Berbicara lanjut mengenai kehamilan isterinya itu, juara Big Stage 2020 ini berkata Sheryl mengalami alahan teruk pada awal proses kehamilan. Ujarnya, isterinya cukup alah pada bau-bauan terutama durian dan pekasam walaupun makanan itu tiada di dalam rumah.



"Sheryl juga menjadi sangat sensitif dan mudah terasa hati. Jadi, ia menjadi cabaran buat saya untuk memastikan perasaannya sentiasa okey dan 'happy' selalu. Alhamdulillah, dia (Sheryl) juga tidak mengidam yang pelik-pelik kecuali teringin nak makan udang galah.

"Apapun, saya mohon doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Semoga isteri saya dan bayi kami sentiasa sihat dan dilahirkan dengan selamat nanti," ujarnya yang masih belum tahu jantina anak.

Untuk makluman, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September tahun lalu. Mereka juga sudah berkawan rapat selama enam tahun apabila bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: