01 July 2022

"TERLALU BANYAK KENANGAN..." - SERA TERKILAN TAK DIMAKLUMKAN TENTANG PENJUALAN RUMAH RM1.2 JUTA



Semua sedia maklum mengenai, kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera yang sebelum ini hangat diperkatakan dan ramai tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka. Jelas Sera, mereka masih dalam fasa perbincangan dan hanya bertemu atas urusan keluarga sahaja.


"Saya dan Shuk kami masih dalam perbincangan oleh kedua-dua pihak, jadi saya tak boleh nak ulas lanjut. Namun yang pasti kami akan cari jalan yang terbaik untuk kami berdua. Anak-anak kerap sahaja berjumpa ayah mereka, cuma saya yang jarang sangat berjumpa.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan dia 7 atau 8 bulan yang lalu. Selain itu berkenaan urusan anak-anak kami akan berhubung melalui WhatsApp sahaja.

"Anak-anak memang selalu tanya pasal ayah dia dekat mana, macam sekarang Shuk bekerja di Penang, tapi setiap kali dia datang ke Kuala Lumpur pasti dia akan berjumpa anak-anak," tuturnya

Diminta mengulas mengenai rumah mereka bernilai RM1.2 juta yang telah dijual oleh Shuk, Sera akui terkilan kerana tidak dimaklumkan mengenai penjualan rumah berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Sejujurnya berkenaan rumah itu, saya tidak tahu apa-apa dan tak berani untuk memberi komen. Sebabnya, sejak tahun lalu selepas saya keluar dari rumah itu saya langsung tidak pernah kembali semula ke rumah itu. Perasaan ni sangat sedih," katanya.

Dalam pada itu, Sera berkata, semenjak keluar dari rumah itu dia tidak lagi kembali kerana tidak sanggup apatah lagi banyak kenangan bersama anak-anak.

"Sejak saya keluar dari rumah itu, saya tidak sanggup untuk melihat rumah itu dan tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke situ. Terlalu banyak kenangan bersama anak-anak di situ, kami juga pernah memasang impian bersama ketika tinggal di sana, terutamanya tentang anak-anak," ujarnya.

Dalam program MeleTOP baru-baru ini, Sera seolah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Shuk sebagai suami isteri bakal berakhir.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: