17 August 2022

"11 TAHUN PENANTIAN KITA... TAHUN INI HADIAH TERINDAH" - ISTERI ACHEY KONGSI PERJALANAN JALANI RAWATAN IVF



"Happy birthday sayang... Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat. Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan, amin.


"11 tahun penantian kita, Insya Allah kita usaha, Allah yang tentukan," demikianlah tulis isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya yang berkongsi perjalanan menjalani rawatan kaedah persenyawaan invitro (IVF) bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-36 suaminya.

Nor Hasanah dalam satu hantaran di laman Instagram memberitahu rawatan itu dilakukan pada 6 Ogos lalu dengan merujuk kepada pakar IVF iaitu Dr Thokha Muhammad di sebuah hospital di Johor.

Klik untuk gambar besar



Rawatan itu juga katanya adalah sebagai hadiah terindah daripadanya buat Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah. Dalam hantaran sama, Nor Hasanah turut melahirkan rasa syukur kerana sepanjang perkahwinan mereka, Achey telah menjaganya dengan baik.

Nor Hasanah juga berharap penantian 11 tahun mereka untuk menimang cahaya mata akan membuahkan hasil. Isteri Achey itu turut berkongsi video perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk bertemu dengan Dr Thokha.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, pengikut media sosialnya turut mendoakan agar semua urusan dan usaha untuk mendapatkan cahaya mata pasangan itu dipermudahkan.



"Doktor ini sangat terkenal untuk IVF dan semoga berjaya. Semoga Allah mempermudahkan buat Achey dan Anne... Selamat hari jadi Achey!

"Happy birthday Achey, semoga dipermudahkan, Allah akan bantu hambaNya yang berusaha. Insya Allah berita gembira akan menyusul," tulis pengikutnya.

Untuk makluman, pasangan itu mengambil seorang anak angkat pada 2018 yang beri nama Nur Tiara Zinnirah Nasir, 4 tahun.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: