17 August 2022

KEMBALI DI IG, ALIFF SYUKRI DIGELAR 'ATTENTION SEEKERS': "MAAFKAN SUARA SAYA TERLALU SEDAP UNTUK DISIMPAN"



Nampaknya usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tetap tekad untuk terus melancarkan lagu dangdut bersama penyanyi Baby Shima pada hari ini, meskipun mendapat kecaman hebat dari semua pihak.


Kata Aliff dia perlu menyerlahkan bakat nyanyiannya dan mendakwa ramai pihak cemburu dengan kebolehannya itu. Aliff berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) miliknya lewat malam tadi.

"Awak maafkan saya, suara saya terlalu sedap untuk disimpan... Saya perlu serlahkan bakat saya awak demi peminat setia saya. Saya tahu ramai yang jeles dengan bakat saya," katanya.

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik potongan video yang dipercayai sebahagian muzik video lagunya. Dalam video berkenaan menunjukkan dia duduk di atas pelamin bersama Baby Shima dan juga terdapat penampilan wanita yang pernah tular sebelum ini iaitu yang dikenali sebagai 'Akak 7e'.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, Aliff bakal melancarkan lagu serta muzik video itu pada hari ini: "Apa-apa pun... Segala kegelisahan rakyat malaysia mengenai lagu #babysayang akan terjawab esok(hari ini)," tulisnya lagi.

Selepas empat hari mengumumkan ingin berundur dari media sosial dengan memadam semua gambar dan video selepas ditegur ibunya, Rozita Ibrahim, Aliff kembali memuat naik satu hantaran di Instagram, semalam.

Aliff yang sebelum ini menangis teresak-esak sambil meminta maaf kononnya 'insaf' tidak mahu lagi 'bermain' dengan media sosial itu kembali memuat naik hantaran pertamanya semalam dimana dia menari dengan sebatang mop lantai berlatar belakangkan lagunya.



Ia telah membuatkan ramai netizen mengecam dan menggelarnya 'attention seekers' kerana menunjukkan seolah-olah Aliff bersikap seperti "Cakap Tak Serupa Bikin". Malah beberapa selebriti turut tidak ketinggalan menulis komen di situ.

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira menulis "ingat hilang lama datuk, tak tahan kan," katanya disertakan emoji ketawa. Pengacara TV Anim Ezati pula menulis "sekali dia bergelek dengan batang mop".

Turut kelihatan komen ibu usahawan itu iaitu Bonda Rozita yang mengatakan dia sudah tidak tahan menanggung fitnah disebabkan perbuatan anaknya itu. Kata Bonda Rozita lagi, anaknya itu lebih mementingkan pihak pengurusan rakaman lagu tersebut berbanding teguran daripadanya.



Menurutnya lagi, Aliff seolah tidak serik mencetuskan kontroversi serta dia berasa tidak aman kerana tidak sampai seminggu anaknya kembali memuat naik perkongsian.

Disebabkan kontroversi demi kontroversi itu, ibunya tampil membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala. Bagaimanapun, aksi itu masih jadi bahan usikan netizen yang menyifatkan penyesalan itu cuma sementara selain dikatakan sengaja mencipta kontroversi.

Terdahulu, Aliff dan Baby Shima dikecam teruk selepas memuat naik video yang kurang senang apabila menunjukkan penyanyi wanita itu bergelek di sisi Aliff yang sedang menyanyi.

Malah Aliff turut menerima teguran dari pendakwah bebas PU Syed yang mendakwa aksi itu seolah-olah menderhaka kepada Allah. Aliff kemudian memberitahu dia murung lalu memadam semua post di IG miliknya serta akui mahu berhenti bermain media sosial sehingga mendakwa mahu membunuh diri.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: