17 August 2022

JESLINA HASHIM DITEGUR MUAT NAIK FOTO NAMPAK PUNGGUNG: "SEPATUTNYA MAKIN TUA MAKIN SEDAR DIRI..."



Pasti ada yang mengenali penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim yang aktif berlakon filem suatu ketika dahulu iaitu Jeslina Hashim. Ketika tahun 2000-an, Jeslina Hashim antara pelakon yang dikenali dan popular malah dia juga terkenal dengan lagu 'Ku Intai Cinta Dalam Rahsia'.


Selain itu, Jeslina yang mesra disapa Jes dikenali menerusi lakonannya dalam filem 'Seri Dewi Malam' dan 'Idola'. Filem berkenaan menampilkan pelakon Diana Danielle ketika masa kecil.'

Namun selepas berlakon dalam beberapa filem, Jes nampaknya menyepi dan sudah tidak aktif lagi dalam bidang hiburan. Sejak itu, namanya jarang didengari dan disebut oleh media. Bagaimanapun, Jeslina dilihat bahagia hidup bersama suami dan dua anaknya yang sudah meningkat remaja.

Terkini, nama Jes tiba-tiba kembali hangat dan meraih perhatian pengguna media sosial selepas memuat naik sekeping gambar di laman Instagram ketika percutiannya di Bali baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Menerusi gambar tersebut, Jes menggayakan gaun berwarna putih dan sedang duduk di atas kapal, melihat pemandangan laut. Gambar tersebut bukan sahaja menampakkan bahagian bahu dan kaki Jes, malah hampir mendedahkan seluruh bahagian punggung pelakon berusia 44 tahun itu.

Beberapa netizen dilihat menegur dan berkata penampilannya terlalu seksi malah ada seorang individu sempat menasihatinya untuk berubah memandangkan Jes kini sudah berusia.

"Sepatutnya makin tua makin sedar diri... Banyakkan amalan," ujar netizen.

Menerusi komen di sebuah forum, seorang netizen berkata Jes memang berpakaian sebegitu sejak dari dulu. Tetapi rata-ratanya mengutuk penampilannya kerana tidak seiring dengan usia dan statusnya sebagai seorang ibu.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: