17 August 2022

"DOAKAN SAYA TERUS ISTIQOMAH" - SELESAI TUNAI UMRAH, NETIZEN NASIHAT FARA SALLEH BERHENTI 'KACAU' SUAMI ORANG



"Selesai perjalanan umrah saya. Alhamdulillah permulaan tahun baru islam yang baik buat saya Inshaa Allah dan permulaan perubahan umur yang baik juga buat saya. Doakan saya terus istiqomah ♥️ Terima Kasih Mak 💓," tulis wanita yang pernah dikaitkan sebagai skandal pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menerusi laman Instagram miliknya.


Pasti ramai yang mengetahui tentang pergelutan rumah tangga Shuk dan isterinya, Rossa Sera selepas beberapa kali pelawak itu berlaku curang sehingga menyebabkan perkahwinan mereka bakal menemui titik noktah.

Begitu juga dengan nama Fara Salleh yang cukup terkenal dengan dakwaan dari sesetengah pihak yang mengatakan dia merupakan orang ketiga dan menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.

Klik untuk gambar besar



Selepas sering terpalit dengan kontroversi tersebut, Fara kini dilihat mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sehingga desas-desus itu kembali surut dengan sendirinya.

Lama mendiamkan diri, baru-baru ini wanita berusia 29 tahun itu memaklumkan dirinya telah selesai mengerjakan ibadah umrah menerusi beberapa hantaran di Instagram.

Maninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang meluahkan rasa bangga melihat perubahan dirinya dan ada juga yang mendoakan agar Fara tidak lagi mengulang kesilapan lalu dan menganggu suami orang lagi.


















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: