17 August 2022

DIAIBKAN & DIFITNAH, ZARINA ANJOULIE LAPOR POLIS: "KATA SAYA KAKI DADAH TAPI DIA ITU MACAM MANA PULA? 'SCAM' DUIT..."



Selebriti sensasi, Zarina Anjoulie, 35, baru-baru ini telah mendakwa dia diaibkan individu di media sosial dengan beberapa video dimuat naik yang bersifat menghina fizikal dan juga status dirinya sebagai ibu tunggal.


Sehubungan itu, Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dilaporkan membuat laporan terhadap individu terbabit di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan pada jam 2.30 pagi, hari ini.

Zarina ketika dihubungi berkata, cerita di sebalik apa yang berlaku di antara mereka terlalu panjang. Katanya, tindakan undang-undang itu diambil kerana individu terbabit sudah bertindak keterlaluan.

"Mengata fizikal saya seperti sumbing sebab buat pembedahan, itu fitnah. Mana ada saya sumbing. Dia juga kata saya bukan ibu contoh yang terbaik. Kata saya kaki dadah tapi dia itu macam mana pula? 'Scam' duit bapa saudara saya, serang rakan saya di klinik.

Klik untuk gambar besar



"Dia nak saman saya bersama dua lagi individu lain iaitu rakan dan bapa saudara saya, biarlah mahkamah tentukan, biarlah undang-undang tentukan. Tapi, tak perlulah dia buat beberapa video dan muat naik di Facebook dan Tik Tok untuk mengaibkan saya," kata Zarina yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro

Terdahulu, Zarina menerusi satu rakaman video dibuat di hadapan IPD Nilai, mendakwa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun berkenaan.

Tambahnya lagi, pemilik akaun berkenaan memuat naik beberapa video tanpa henti dengan tujuan untuk menaikkan jumlah tontonan dengan memalukan dan mengaibkannya.

Zarina memberitahu dia sudah memaklumkan perkara itu kepada pemilik akaun berkenaan, namun enggan menghentikannya sebelum dia mengambil keputusan untuk tidak bertelagah di media sosial dan mengambil tindakan melalui undang-undang.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: