"Orang cakap aku gini-gini... I really angry sebenarnya diorang akan diseret jugak, I don't care! We are sharing the truth. Bila ada yang hina tu you put yourself in my shoes sebab I tahu I tak ada masalah dengan Azza.
"Cara kita membuatkan orang fikir buruk-buruk. This air mata bukan air mata down tapi air mata blessed yang Melodi nampak. May God bless each and everyone of you, agreed our point whether you side Azza or side me," kata pengacara kontroversi, Azwan Ali dalam rancangan Melodi ketika dipertemukan dengan penyanyi dan pelakon Azza Elite bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.
Sebut sahaja nama Azwan Ali, pasti ramai mengenalinya dimana dia sering kali melontarkan kata-kata kesat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Baru-baru ini, Azwan Ali ada mempunyai perselisihan faham dengan Azza kerana tempahan sejadahnya tidak sampai pada waktu yang ditetapkan.
Klik untuk gambar besar
Dalam temu bual tersebut, Azwan menunjukkan rasa sedih dan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menghina dirinya dan menjadi batu api antara dia dan Azza.
Ketika ditemu bual, Azwan juga dapat dilihat mengalirkan air mata bukan kerana berasa murung tetapi seakan-akan lega kerana isu berikut dapat diselesaikan.
Sehubungan itu, kedua-dua selebriti telah pun meminta maaf antara satu sama lain dan berdamai.
________________________
No comments:
Post a Comment