03 August 2022

BILA AJAK DEDAH KISAH LAMA, DAKWA SHAHROL 'TIKAM BELAKANG': "SAYA TOLAK TAWARAN ERA..."



"Awak bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Hakikatnya tak bergaduh pun. Perlu ke nak up isu ini? Perlukan spotlight ke? Buat benda yang lebih berkualiti, menyatupadukan. Bukan melaga-lagakan. Hakikatnya semua kawan.


"Kalau awak anggap musuh, biar seorang sahaja tak perlu ajak kawan," komen pelawak Ajak Shiro berhubung rakan sekumpulnnya, Shahrol Shiro yang tampil memberi komen terhadap bekas penyampai radio, Fizi Ali dimana dia mengumumkan pengunduran dan memulakan kerjaya di di stesen Hot FM bersama Fad Bocey di segmen Sembang Squad.

Keputusan Fizi meninggalkan Suria FM mendapat reaksi Shahrol yang mendakwa pihak pengurusan stesen radio itu tidak profesional semenjak dia masih lagi bergelar penyampai saluran itu. Perkongsian panjang lebar yang dikongsi oleh Shahrol itu kurang disenangi Ajak yang merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria bersama Suraya Borhan.

Dalam komen balas lain, Ajak mendedahkan dia pernah menangguhkan tawaran Suria FM kerana memikirkan persahabatan bersama Shahrol dan turut meminta pihak pengurusan stesen itu tidak meneruskan tindakan saman terhadap sahabatnya kerana isu dalaman.

Klik untuk gambar besar



"Hari pertama saya keluar Hot FM saya dipelawa untuk sertai Suria. Dalam perbincangan untuk tukar gambar awak kepada saya. Atas dasar sahabat, saya pilih menganggur daripada ambil tempat awak. Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.

"Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain," katanya.

Shahrol terdahulu berkongsi pengalaman perkhidmatannya bersama Suria FM sebelum ditamatkan gara-gara masalah disiplin. Ajak dan Shiro yang sebelum ini pernah bersama dalam kumpulan Shiro dilihat cuba berkongsi pendapat masing-masing dalam perjalanan mereka bergelar penyampai radio.



Memberi respons terhadap komen Ajak itu, kata Shahrol pengundurannya telah membuka ruang rezeki buat Ajak yang ditawarkan ke Suria FM selepas berkhidmat dengan Hot FM.

"Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula. Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.

"Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti pasukan bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai itu," tulisnya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: