03 August 2022

PERNAH KENAL LELAKI ROMANTIK TAPI PANAS BARAN - SHILA AMZAH MINTA WANITA BERHATI-HATI



Penyanyi Shila Amzah baru-baru ini menerusi Insta Story miliknya telah memuat naik perkongsian dimana dia menjawab pertanyaan peminatnya mengenai ciri-ciri lelaki yang dianggap 'red flag' dalam perhubungan.


Shila yang menjawab soalan itu berkata dia tidak suka dengan lelaki yang panas baran, kaki maki dan pukul serta tidak mempunyai 'common sense'. Jawapan Shila itu menjadi perhatian dan mendapat sokongan daripada netizen lain yang mengakui takut jika berdepan dengan lelaki panas baran dan kaki pukul.

Membalas perkongsian netizen itu, Shila berkata dia pernah berada dalam situasi itu dimana lelaki tersebut nampak romantik dari luaran namun tidak seperti yang disangka. Malah, Shila turut menitipkan nasihat supaya wanita di luar sana berhati-hati dengan lelaki seperti ini.

Terdahulu, Shila yang pernah berdepan kegagalan rumah tangga itu berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi. Untuk makluman, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: