03 August 2022

DIKECAM BUAT VIDEO ATAS KATIL DENGAN 'DOUBLE MEANING' - ALIFF SYUKRI LUAH RASA SEDIH



Semua sedia maklum mengenai azam usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dimana dia mahu mengurangkan kontroversi membabitkan dirinya. Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian Aliff menjadi bualan ramai apabila memuat naik iklan berada di atas katil bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida dengan 'double meaning'.


Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang apabila dia kelihatan seperti sedang beronani di bawah selimut. Difahamkan, video tersebut adalah untuk mempromosikan tudung keluarannya, namun dikecam teruk oleh netizen.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam isteri usahawan itu yang dikatakan 'sama naik' dengan suaminya. Malah, ibu kepada usahawan itu iaitu Bonda Rozita turut meninggalkan komen mengkritik video iklan yang dimuat naik oleh Aliff itu.

Menerusi hantaran video lain di laman Instagram, Aliff yang sedar dirinya dikecam itu meluahkan dia hanya mahu berniaga sahaja serta menunjuk koleksi terbaru tudung keluarannya.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: