Baru-baru ini, pelawak Shuk Sahar ada memuat naik video di Tik Tok yang memaparkan seorang wanita sedang leka bergelek di balkoni di sebuah kondominium yang tak dapat dikenal pasti lokasinya.
Video dimuat naik Shuk itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam tindakannya itu kerana merakam dan memuat naik aksi wanita berkenaan tanpa kebenaran. Ramai yang mendakwa Shuk tidak menghormati privasi wanita tersebut.
Ada netizen mengatakan Shuk tidak pernah berubah meskipun sebelum ini terpalit dengan isu curang meskipun sudah berkahwin. Dalam pada itu, ada yang mengatakan semua pihak perlu berhati-hati kerana ada mata-mata diluar sana memerhati dan akan menularkan video di media sosial.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment