"Selamat menyambut hari kebangsaan ke 65 tahun ❤️. I love being in RED especially for last night 🥰. Thank you @hiburantvrtm for having me, I had so much fun last night!
"Sorry Sebab lupa buang gula2 again 🫠. The aftermath of being demam, makan ubat batuk, selsema and panadol then minum coffee at 11.30pm," tulis penyanyi Shila Amzah menerusi muat naik video di laman Instagram miliknya.
Ketika membuat persembahan menyanyikan lagu 'Khilaf Asmara' pada Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2, semalam, penyanyi Shila Amzah dilihat telah membuat 'perangai' lagi dengan mengeluarkan gula-gula dari mulut dan membuang di pentas. Aksi itu sempat dirakam kamera.
Video itu kemudiannya dikongsikan pengguna di aplikasi TikTok hingga mendapat pelbagai maklum balas. Hantaran video itu sudah mencecah lebih 250,000 tontonan, lebih 2,900 tanda suka dan lebih 100 komen.
Klik untuk gambar besar
"Bila ko (kau) lupa nak buang gula-gula masa 'perform' dan kali ni terbang ya gula-gula tu. Bertabahlah abang yang kutip tu," tutur pengguna Yazid Yacob.
Pengguna sama juga turut memuat naik video penuh persembahan Shila bagi memenuhi permintaan seorang pengguna lain yang bertanya mengenai perkara itu.
Perkara itu bukan kali pertama Shila dilihat melakukan aksi itu kerana kali pertama ia dapat dirakam ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu.
"Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain Kali pegang genggam je la dulu. Tak payah buang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak kah naya orang terpijak," tulis ciknurullpompom. Semi final yang lepas, lagu Pelukan Angkasa tu pun sama. Adui perangai," kata Idrul Nafiz.
________________________
No comments:
Post a Comment