19 August 2022

ISU MEERQEEN DIKECAM TERUK - ANNA JOBLING RASA SIMPATI



Umum mengetahui mengenai Meerqeen yang kini semakin popular selepas berlakon dalam drama 'Melur Untuk Firdaus' dimana pelakon itu telah menerima kecaman teruk apabila tular videonya mencium dahi seorang pelawak Indonesia. Bukan saja dicium oleh Meerqeen, malah pelawak terbabit turut membalas ciuman tersebut dengan mencium pipi pelakon lelaki berkenaan.


Pelakon gandingannya, Anna Jobling meluahkan rasa simpati dengan Meerqeen yang dikecam teruk oleh netizen. Menurut Anna, ketika kejadian dia berada di lokasi tersebut namun tidak perasan bila insiden itu berlaku.

"Saya memang berada di sana ketika itu, tapi saya tidak nampak apa yang mereka lakukan sebab keadaan di sana terlalu ramai. Walau bagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk.

"Malah kami mencipta banyak memori manis di sana. Kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Anna berkata dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati terutama dalam pergaulan meskipun sukar untuk mengawal keadaan apatah lagi dikerumuni peminat.

"Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita meminta izin untuk memeluk Meerqeen. Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.

"Namun kadangkala perkara itu terjadi di luar kawalan kerana berlaku dengan cepat dan tak sempat nak berfikir panjang. Ibaratnya tak sempat nak bernafas dan kemudian baru tersedar.

"Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan ini sebab tidak mahu menerima kecaman teruk. Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat adalah dalam kalangan wanita," ujarnya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: