01 August 2022

DAKWAAN LAUDYA CYNTHIA BELLA KAHWIN LELAKI DUBAI - PENGURUS TAMPIL NAFI



Baru-baru ini, timbul dakwaan pelakon Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella sudah bernikah dengan dengan jejaka berasal dari Dubai. Nama Laudya kini hangat diperkatakan dan menjadi bualan di media sosial gara-gara gosip dakwaan terbabit.


Malah, tular di aplikasi TikTok video pernikahan seorang wanita yang didakwa Cynthia dengan jejaka berkenaan. Memetik laporan media Indonesia, Laudya difahamkan kini menetap di Dubai. Bagaimanapun, pengurusnya menafikan berita pernikahan tersebut serta menyifatkan ianya khabar angin tidak benar.

"Mohon maaf, itu berita yang sangat tidak benar. Semoga kita semua terhindar dari fitnah ya. Barakallahufik," katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai hubungan cinta Laudya dengan jejaka Dubai ini sejak beberapa bulan lalu. Untuk makluman, Laudya pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran pada 2017, namun bercerai pada tahun 2020. Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: