Sememangnya ramai yang mengenali anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang sinonim dengan imejnya yang seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Malah, Azhar juga mengakui sudah buntu untuk menasihati anak gadisnya itu yang sering mencetuskan kontroversi. Azhar berkata dia sudah menasihati anak gadisnya itu namun semakin menjadi-jadi dan setiap hari membuatkan dirinya ‘panas bontot’ dengan isu Leona.
Tidak serik dikecam, Leona nampaknya sekali lagi menjadi bualan dan mengundang kecaman ramai apabila tampil berbikini ketika bercuti di sebuah pulau.
Klik untuk gambar besar
Menerusi video itu, dapat dilihat Leona hendak turun dari bot memakai bikini serba hitam hingga menampakkan bahagian punggung yang tidak sepatutnya ditayang kepada khalayak ramai.
Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu dikecam ramai dan ada yang meluahkan rasa terkilan melihat cara pemakaian Leona tidak menggambarkan seperti imej umat Islam serta mendoakan agar diberikan hidayah.
________________________
No comments:
Post a Comment