"Biarlah jelah orang nak viral, orang yang viral tu pun nanti dapatlah balasan dia," itulah ujar penyanyi Masya Masyitah, 22, yang enggan mengambil peduli dan membiarkan sahaja orang lain menularkan imej pakaian yang dipakai tempoh hari.
Baru-baru ini, nama Masya Masyitah kembali diperkatakan umum apabila dia mengenakan jumpsuit yang dipadankan dengan sehelai turtleneck sewaktu bercuti di Dubai.
Hal ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata melihat kombinasi pakaian tersebut sebagai tidak kena dengan imej bertudung Masya.
Menerusi ruangan komen pada gambar yang telah dipadamkan itu, ada yang menganggap jumper berkenaan seperti pakaian dalam selain ada juga yang sudah berhenti mengikuti Masya di Instagram.
Klik untuk gambar besar
Justeru itu, menerusi sesi siaran langsung di platform berkenaan, Masya menyentuh secara santai mengenai isu baju berkenaan. Dalam masa sama, Masya turut memberitahu yang dia sentiasa positif dalam segala hal yang berlaku dalam hidupnya.
"Buat apa kita nak stress stress fikir negatif, biar kita fikir benda yang positif," kata Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff.
Begitupun, ada juga netizen yang menyifatkan ibu Masya yang dilihat bangga anaknya viral dengan cara yang tidak elok. Kenyataan tersebut di balas oleh ibu Masya: "Amboi nak mengata juga lagi. Takpa Alhamdulillah. Apa yang kata tu, Insya-Allah balik dengan ampa na," tuturnya dalam loghat utara.
Terdahulu, Masya pernah dikritik kerana berpenampilan daring menerusi klip video terbaharunya, Simpanan. Masya juga digelar 'haiwan' kerana menggunakan subang hiasan pada hidungnya.
________________________
No comments:
Post a Comment