29 September 2022

RITA RUDAINI ULAS ISU NAFKAH ANAK DDNK, SIAP SURUH NETIZEN TEKA BERAPA AIDIL BAGI PULA



"Jutawan bagi nafkah anak RM5,000 je?! Ayooo… JDT player club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkah dekat dua orang anak... cuba teka," tulis pelakon Rita Rudaini yang memuat naik artikel mengenai isu nafkah anak pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) di TikTok.


Sejak beberapa minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan DDNK bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.

Terbaru, kecoh mengenai isu apabila bekas isterinya DDNK iaitu Hasmawatie mendakwa bekas suaminya itu memberi nafkah berjumlah RM5000 untuk tempoh dua bulan kepada anaknya.

Menerusi entri itu juga, Rita turut meminta netizen untuk meneka jumlah nafkah yang diberi bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Radzak kepada anak-anak mereka.

Klik untuk gambar besar



Rita bagaimanapun dilihat tidak mendedahkan jumlah bayaran nafkah yang diberikan Aidil sekaligus ramai netizen tertanya-tanya serta membuat spekulasi.

Sementara itu, ada diantara netizen mendakwa bahawa Aidil hanya memberi nafkah sebanyak RM3,000 sahaja. Malah, ramai yang berkongsikan berdepan isu sama berkaitan hal nafkah anak.

Untuk makluman, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama Aidil, sebelum bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: