29 September 2022

SELAMAT BERSALIN - ADIRA TIMANG ANAK KEEMPAT, LELAKI



"Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan kami.


"Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja," kata penyanyi Adira Suhaimi, 31, yang memaklumkan dia telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram secara pembedahan menerusi kaedah pembedahan sekitar 1 tengahari tadi.

Isteri kepada Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu meluahkan rasa bersyukur di atas kelahiran cahaya mata keempatnya di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh pada Khamis. Kongsi Adira, dia dan bayi berada dalam keadaan sihat dan masih lagi berada di hospital ketika dihubungi media.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, pelatun lagu 'Ombak Rindu' itu berhasrat untuk 'menutup kilang' selepas kelahiran cahaya mata keempatnya. Selain itu, kehamilan ini juga membuktikan rumah tangga dibinanya bersama ahli perniagaan itu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun hubungan pasangan ini pernah dilaporkan berantakan.

Hasil perkongsian hidup, Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi dan Datuk Red sebelum ini telah dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: