01 September 2022

ISU 'KASIHAN' BELUM ADA ANAK - ELIZAD PERCAYA PEMANGGIL RADIO ITU TIADA NIAT APA-APA: "SAYA LANGSUNG TIDAK AMBIL HATI"



"Pertama sekali terima kasih buat semua yang terus mendoakan saya. Terharu saya. Untuk yang bertanya, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Saya percaya pemanggil yang menghubungi tiada niat apa-apa pun dan saya langsung tidak ambil hati.


"Selagi menggunakan perkataan yang baik, tidak menjatuhkan air muka saya, InsyaAllah saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada," kata pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis, dimana dia sama sekali tidak menyinggung hati dengan tindakan seorang pemanggil radio Sinar FM yang menyentuh hal berkaitan cahaya mata.

Kata Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, dia percaya individu berkenaan tiada niat mempersendakan dirinya ketika mereka berbual secara langsung menerusi segmen Pagi di Sinar.

Baru-baru ini, tular video TikTok memaparkan rakaman audio seorang pemanggil wanita di Sinar FM bersama Elizad. Tanpa sengaja pemanggil wanita itu menyentuh mengenai soal anak serta meluahkan simpati terhadap Elizad yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Kata-kata tersebut menerima kecaman netizen yang menganggap wanita berkenaan tidak sensitif.

"Elizad, kasihan. Tak apa ramai orang tak ada anak," kata pemanggil itu.

Klik untuk gambar besar



Menjelaskan hal tersebut, Elizad dalam masa sama turut memohon doa buat semua wanita yang berusaha memiliki cahaya mata sendiri.

"Syukur... semakin besar ujian Allah semakin besar ganjarannya. Tidak dapat di sini, pasti di sana. Percaya. Terus mendoakan buat semua #ttc (trying to concieve) para isteri pejuang line dua kuat dan tabah dengan ujian ini," jelasnya.

Untuk makluman, Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015. Pada November 2020, aktres ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: