03 September 2022

"KALAU ANAK SEORANG PUN SYUKURLAH" - PEKIN KESIAN LIHAT ISTERI BERTARUNG NYAWA LAHIRKAN 'PETRA PEKIN'



Pada sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-65 iaitu tanggal 31 Ogos lalu, pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen telah selamat menimang cahaya mata sulung lelaki yang diberi nama 'Petra Pekin'.


Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, Mona selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Andorra, sekitar jam 2.39 pagi. Bayi seberat 2.7 kilogram itu, dilahirkan secara normal.

Dalam pada itu, Pekin yang merupakan seorang pelakon dan pengarah itu meluahkan rasa gembira dengan kehadiran bayi lelaki itu serta dalam masa sama kasihan melihat isterinya menahan sakit melahirkan zuriat mereka.

"Tapi, pada waktu yang sama saya kasihan melihat Mona waktu melahirkan anak kami. Saya berada bersama sepanjang proses itu. Dari awal keluar, saya melihat proses itu. Doktor juga bagi kebenaran untuk saya memotong tali pusat bayi, cucikan bayi serta azankan dia di telinga.

Klik untuk gambar besar



"Bila melihat keadaan Mona melahirkan anak, saya rasa macam tidak apalah. Kalau anak seorang pun syukurlah. Sebab saya kasihan melihat keadaan dirinya itu," katanya.

Tambah Pekin, dia tidak sangka anak mereka akan lahir pada hari Merdeka dimana awal dari tarikh jangkaan sepatutnya.

"Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka. Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam semalam iaitu sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.



"Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak. Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka.

"Alhamdulillah, baik Mona mahu pun bayi kami, kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat. Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka. Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam semalam iaitu sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.

"Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak. Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka," ujarnya.



Tentang perasaan kali pertama menjadi seorang bapa, Pekin akui bahawa dia masih belum mampu untuk gembarkan perasaannya itu dengan tepat: "Sebab ia masih terlalu baru. Tapi, saya akui saya berasa terharu bercampur gembira pada waktu yang sama," katanya.

Terdahulu, Mona telah memuat naik posting Instagram Story bahawa dia telah selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Selepas pemberitahuan itu, Mona telah menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti.

"Alhamdulillah, terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi," tulis Mona menerusi pautan IG story.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: