03 September 2022

KINI DI INDONESIA - SHIMA BIDAS KOMEN MINTA JANGAN PULANG KE MALAYSIA



"Akhirnya pulang ke rumahku Indonesia♥️๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Hello Indonesia Shima udah pulang๐Ÿ™‹๐Ÿป‍♀️๐Ÿ™‹๐Ÿป‍♀️ #babyshima #indonesia #adanampakmummyhappy," itulah tulis penyanyi dangdut Baby Shima menerusi laman Instagram miliknya dimana dia memaklumkan sudah selamat tiba di Indonesia.


Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli cukup sinonim dengan kecaman sehinggakan penyanyi dangdut itu sudah lali apabila ramai yang kurang senang dengan perkongsiannya di laman sosial.

Terbaharu, Shima kembali menjadi sasaran apabila dia diminta untuk tidak lagi kembali ke Malaysia selepas memuat naik video tiba di Jakarta bagi memenuhi tuntutan kerja di negara itu. Membaca komen yang ditinggalkan, Shima memberitahu hanya mampu tergelak kerana baginya sokongan peminat adalah lebih penting.

"Bukan sekali orang beri komen negatif. Apa lagi saya boleh buat? Apabila baca komen-komen tersebut, saya hanya tergelak. Mereka kecam di media sosial, tetapi apabila saya hadir buat persembahan ramai juga yang mendekati dan ambil gambar. Undangan nyanyian di Malaysia pun masih banyak," ujarnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Shima tiba di Jakarta pada Jumaat bagi menyambung kembali kerja-kerja di negara itu yang tertangguh lebih dua tahun akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menerusi ruangan komen dalam video yang dimuat naik, Shima menerima pelbagai komen pedas yang meminta dia terus menetap di Indonesia.

"Harap-harap dia tak datang Malaysia dah." - "Duduk diam-diam dekat sana. Jangan balik sini lagi. Aku merayu sangat." - "Baguslah tu. Jangan balik Malaysia," antara komen-komen netizen.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya di sana, kata Shima dia bakal terlibat dengan beberapa program promosi selain perancangan untuk menyiapkan muzik video lagu baharunya yang sudah lama di siapkan.



Shima yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Nagaswara di Indonesia akan terus menerima undangan menyanyi di Malaysia dan sedia untuk berulang-alik demi tuntutan kerja.

"Dua tahun saya tidak ke Indonesia. Banyak kerja tertangguh yang perlu saya siapkan. Lagu baharu juga sudah lama dirakam namun belum sempat untuk lakukan penggambaran muzik video.

"Saya masih lagi menerima undangan menyanyi di Malaysia, jadi rasanya perjalanan seni kembali sebelum tempoh pandemik di mana saya akan berulang-alik untuk urusan kerja," jelasnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: