03 September 2022

"ALHAMDULILLAH KAMI SEKELUARGA SELAMAT, ALLAH MASIH BAGI PELUANG" - IKMAL AMRY, ISTERI & BAYI TERBABIT KEMALANGAN



"Mimpi ngeri yang tak sanggup ku lalui terjadi. Pahit untuk ditelan, tapi pengalaman yang menjadi pengajaran. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang. Alhamdulillah 🤲🏻 Simpan sini untuk kenangan 🥲," demikianlah tulis pelakon Ikmal Amry yang berkongsi khabar dimana dia dan keluarganya telah mengalami kemalangan.


Ikmal telah memuat naik beberapa keping foto kemalangan tersebut menerusi laman Instagram miliknya. Bagaimanapun, Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali yang memanjatkan rasa syukur, dia, isteri serta bayinya berusia sembilan bulan itu terselamat. belum berkongsi lanjut mengenai insiden yang berlaku.

Terkejut dengan apa yang dikongsikan, rakan artis serta peminat turut mendoakan yang baik-baik dan semoga urusan Ikmal sekeluarga dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: