04 September 2022

NAD ZAINAL SAHKAN SUDAH BERCERAI DENGAN FALIQ SELEPAS 7 TAHUN BERSAMA



"Betul, kami sudah bercerai," itulah kata pelakon Nad Zainal yang mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.


Nad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal perceraiannya itu serta mengatakan keadaannya baik-baik sahaja. Dalam pada itu, Nad memberitahu hubungannya dengan suami masih baik dan dia kini mahu memberi fokus pada kerjayanya.

"Saya baik-baik saja. Tapi saya minta maaf sebab kami dah bersetuju tak nak kongsi lebih lanjut. Minta maaf sangat. Sekarang ini anak-anak dengan saya. Hubungan dengan bekas suami juga baik. Saya okay saja. Saya nak kerja saja sekarang," jelasnya.

Untuk makluman, Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim (lelaki), 6 dan Budi Kalsom (perempuan) kini berusia setahun.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: