14 September 2022

MENARI SAKAN DENGAN BAJU MAKIN KETAT - MIA SARA TERIMA KRITIKAN



Sebelum ini, netizen meluahkan rasa kecewa melihat perubahan imej pelakon Mia Sara sejak kebelakangan ini. Malah, hijab yang dipakai Mia turut dipersoalkan netizen kerana dikatakan semakin singkat berbanding sebelum ini.


Nampaknya nama Mia Sara terus menjadi perbualan netizen di media sosial apabila kali ini tular pula video terbaharu memperlihatkan gadis berusia 17 tahun ini menari sakan di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, dilihat mengenakan baju berwarna kelabu dan memakai selendang hitam sedang seronok menari bersama rakannya.

Klik untuk gambar besar



Selain tarian lincah, pemakaian Mia turut menjadi perbualan apabila dikatakan kurang sesuai digayakan kerana terlihat ketat sehingga mengikut bentuk tubuh.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan terkejut dan rasa kurang senang dengan tindakannya itu, sekaligus menyifatkan pelakon remaja itu semakin berani dalam berfesyen.

Malah, ada dikalangan netizen tidak menyangkan individu dalam video itu ada Mia Sara. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak mungkin Mia Sara berpakaian seperti itu serta menyifatkan ianya fitnah jika tidak benar.



"Ayat makan tuan, Mia makin tunjuk taring." - "Nanti ada la keluar statement yang mungkin ini ujian tuhan. Ni bukan Mia Sara!" - "Manusiakan berubah, Mia terpengaruh rakan sebaya la tu," antara komen-komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sedih melihat penampilan Mia, selain mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon itu.

Difahamkan, video yang baru dimuat naik pada malam Selasa itu menerima lebih 800,000 tontonan. Bagaimanapun, video yang dikongsikan oleh rakannya telah pun dipadam selepas menerima kecaman daripada netizen.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: