21 September 2022

"SAYA TIDAK AKAN MEMINTA MAAF ATAU PADAM VIDEO TERSEBUT..." - CAPRICE BERSEDIA BERHADAPAN DI MAHKAMAH



"Sebab ramai tanya ni kes pasal ape... kita repost 🙏 InsyaAllah Cap akan sentiasa bantu mangsa2 yang minta tolong dekat luar sana. We will not be stopped or silenced...


"Caprice diminta untuk padam video ni dan minta maaf. Hrmm salah orang boss," itulah kata penyanyi rap, Caprice menerusi laman Instgaram milikknya dimana dia tidak akan meminta maaf serta bersedia untuk berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Sebelum ini, SM Faisal telah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice susulan dakwaan hantaran di Instagram penyanyi rap itu mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya, Emilia Hanafi, beberapa bulan lalu.

Klik untuk gambar besar



SM Faisal mendakwa, hantaran itu memberi implikasi kepada hubungannya sesama keluarga, kerjaya, fokus kerja serta pendapatan plaintif. Menurut SM Faisal lagi, tindakan Caprice itu membuatkan dirinya tertekan dari segi emosi serta menerima cemuhan dan gangguan daripada masyarakat.

Berhubung hal tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata dia menyerahkan kepada pihak peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.

"Semua orang ada hak untuk saman, saya sedia untuk berhadapan dengan kes ini dan menyerahkan kepada peguam. Saya tidak akan meminta maaf atau memadam video tersebut kerana saya sudah melihat kembali video itu dan ternyata tidak ada sebarang kenyataan yang tidak benar telah dibuat," ujarnya lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: