Seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah memuat naik video di media sosial sehingga ia menjadi tular. Video tersebut memaparkan seorang lelaki dikatakan mirip pelakon terkenal sedang berhibur di kelab malam sambil bercumbu dengan seorang awek yang juga merupakan teman wanita pengguna Twitter itu.
Menurut lelaki dikenali sebagai Aiman Shah, teman wanitanya itu tidak mengaku dia berlaku curang meskipun video itu telah didedahkan. Bukan itu saja, lelaki berkenaan memaklumkan pelakon tersebut ada menghantar mesej kepadanya supaya memadam video berkenaan kerana bimbang imejnya akan terjejas. Twitter itu.
"Pelakon terbabit hubungi saya dan meminta untuk memadam hantaran berkenaan sebab dia ada imej yang perlu dijaga dan kata dia tak ada kena mengena dengan wanita itu. Wanita tu adalah wanita yang mabuk," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, lelaki tersebut enggan berbuat demikian memandangkan wanita tersebut sememangnya mahu menjadi popular, malah turut mendedahkan akuan Instagram wanita itu. Difahamkan, selepas pendedahan berkenaan akaun Twitter lelaki itu diletakkan dalam mood private.
Dalam pada itu, menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat rakaman video tersebut dan mengaitkan nama Aedy Ashraf sebagai individu dalam rakaman berkenaan. Ia berikutan terdapat komen di laman Twitter membabitkan nama pelakon tersebut.
"Aedy Ashraf la... kalau ikut siasatan Aedy dengan kekasih lelaki yang tweet tu.
"Kekasih lelaki itu yang tweet teman wanitanya curang dekat kelab.
"Orang kata tu Aedy Ashraf! Apa yang dah jadi. Memang nampak macam dia, tapi mungkin muka seiras kot," tulis beberapa netizen.
Usaha media bagi mendapatkan pengesahan dan komen lanjut daripada Aedy Ashraf tidak berjaya.
________________________
No comments:
Post a Comment