13 September 2022

"SEBENARNYA SAYA SAJA PERLI" - BABY SHIMA 'KALIS' KECAMAN ISU TAK DAPAT JADI MODEL PAKAIAN DALAM



"Sebenarnya posting itu saya saja perli. Tapi tak sangka netizen ambil serius pula. Bila saya buat apa saja, mesti netizen nak bising. Tapi saya okay saja kena kecam.


"Jangan jadi artis kalau tak boleh kena kecam," demikian kata penyanyi dangdut yang sering saja mencipta kontroversi, Baby Shima yang tampil memberi sedikit komen setelah dia dikecam teruk gara-gara meluahkan hasrat untuk menjadi model pakaian dalam di laman Instagram, baru-baru ini.

Ujar Shima yang kini berada di Indonesia atas urusan kerja, dia sedar dia akan dikecam dan dikritik setiap kali berkongsi mengenai aktiviti harian di media sosial. Namun begitu, katanya, dia sudah kalis dengan kecaman kerana ia adalah asam garam dalam dunia hiburan.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Baby Shima meluahkan rasa terkilan kerana dia tidak dipanggil untuk menjadi model pakaian dalam jenama popular, Calvin Klein. Kata penyanyi lagu 'Baby Sayang' itu lagi, dia berasa cemburu apabila ramai netizen tampil memuji selebriti yang memperagakan baju dalam jenama tersebut di Instagram. Posting berkenaan menerima pelbagai reaksi.

Bukan itu sahaja, Baby Shima juga turut dikecam selepas dia dilihat mengenakan seluar panjang berwarna coklat cerah seperti kulit sehingga menampakkan dia seperti bertelanjang. Muat naik tersebut telah mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: