Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama wanita yang dikenali sebagai Watie selepas mereka dilihat berpakaian sedondon ketika menghadiri konsert.
Shuib juga dikatakan kerap meninggalkan tanda suka (like) terhadap gambar yang dimuat naik oleh Watie di laman Instagram miliknya. Bagaimanapun, segelintir warganet tidak bersetuju jika Shuib mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan kerana dianggap terlalu 'menonjol'.
Menerusi ruangan komen di Facebook, netizen berharap agar Shuib mencari perempuan yang berpakaian lebih sopan berbanding Watie. Dalam pada itu, ada juga yang membandingkan penampilan Watie dengan arwah Siti Sarah.
Klik untuk gambar besar
"Carilah yang pakai sopan sikit.. jangan yang mudah nak membelanja sangat.. malu menengoknya.."
"Alahai.. menonjol sangat... Bukan masuk campur.. Tapi jauh sangat kriterianya dengan arwah...," antara kata-kata netizen.
Namun begitu, ada juga yang berharap agar warganet berhenti menilai Watie berdasarkan kisah silamnya dan bersetuju jika Shuib mempunyai jodoh dengan wanita itu.
________________________

No comments:
Post a Comment