13 September 2022

BILA NETIZEN MULA MUAK TENGOK FILEM ASYIK MUKA HAIRUL AZREEN: "CARI PELAKON LAIN LA B*DO"



Sejak semakin sado, pelakon Hairul Azreen sering muncul dalam filem aksi dan beruniform, antaranya seperti 'PASKAL', 'Wira', 'Polis Evo', 'Qhaliq', 'The Assistant' dan terbaru 'Malbatt: Misi Bakara'.


Difahamkan, filem 'Malbatt: Misi Bakara' arahan Adrian Teh itu akan ditayangkan pada Hari Kebangsaan tahun hadapan. Biarpun ramai yang tidak sabar untuk menontonnya, ada ada juga segelintir yang kurang senang apabila mengetahui Hairul turut berlakon dalam filem tersebut.

Isu ini berbangkit apabila pengulas filem, Zhaflog membuat ciapan di Twitter memberitahu berkenaan filem yang telah menghabiskan kos pengambaran sebanyak RM20 juta itu.

Klik untuk gambar besar



Apabila meninjau di ruangan komen ciapan berkenaan, rata-rata netizen berkata mereka terus 'hilang selera' untuk menonton filem berkenaan dan meluahkan rasa 'muak' melihat wajah Hairul sekali lagi membintangi filem yang berkaitan dengan baju beruniform.

Ujar netizen, ramai lagi pelakon hebat lain namun sering melihat Hairul dipilih membintangi filem beruniform. Malah netizen berpendapat, pengarah sepatutnya membuka peluang kepada pelakon lain untuk membintangi filem seperti itu dan memberi nafas baru, bukannya mengulangi pelakon yang sama setiap kali membuat filem berkaitan dengan askar.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa teruja melihat Bront Palarae dan Remy Ishak membintangi filem berkenaan namun turn off terus sebaik sahaja melihat Hairul.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: