13 September 2022

AZHAR SULAIMAN MUAT NAIK POSTING BERBAUR SINDIRAN TARIK PERHATIAN



Nama Azhar Sulaiman sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas pelakon yang juga merupakan seorang arkitek itu meluahkan pendapatnya mengenai pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis.


Azhar bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf apabila pendapatnya itu memmbuatkan ramai yang kurang senang. Namun begitu, Azhar tetap tegas dengan pendiriannya bahawa wajib bagi seorang Islam untuk menjaga aibnya sendiri dan orang lain.

Terbaru, Azhar sekelai lagi memuat naik perkongsian dimana ia turut menjadi perhatian apabila memuat naik kenyataan berbaur sindiran di laman Instagram miliknya. Menerusi entri itu, Azhar mengatakan jika ada masalah berkaitan keluarga dedahkan saja kepada umum kerana akan peroleh banyak kebaikan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Azhar lagi, dia juga menyifatkan ianya seperti nenjadi trend baru yang disukai oleh mereka dikalangan Melayu serta mengajak orang ramai untuk berbuat demikian.

"Ada masalah keluarga? Canang sahaja kepada umum. Banyak kebaikan bakal anda perolehi. Sebab ini trend terbaru orang-orang Melayu suka. Jom sertai kempen ini," tulisnya.

Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang menyokong dan ada juga warganet yang tidak bersetuju. Bagaimanapun, difahamkan Azhar telah memadam posting tersebut elepas beberapa jam dimuat naik.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: