13 September 2022

FAZTIVAL DIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS - FAZURA LUAH RASA SYUKUR



"Alhamdullillah saya bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records dengan penciptaan dua rekod baharu peringkat kebangsaan iaitu The Largest Tudung Fazura Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia," itulah kata pelakon Fazura.


Ahad lalu berlangsung penuh gilang gemilang konsert sulung Faztival Fazura 2022 di Axiata Arena mendapat sambutan luar biasa daripada peminat. Konsert yang dianjurkan dibawah jenama Fazura itu turut menghimpunkan penyanyi terkemuka tempatan seperti Datuk M.Nasir, Datuk Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella.

Bukan itu saja, konsert tersebut turut digamatkan dengan persembahan memukau daripada kumpulan Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi. Turut menjadi perhatian dalam konsert itu, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela merupakan dua selebriti Indonesia yang dijemput khas untuk membuat persembahan.

Dek kerana itu, Fazura meluahkan rasa terharu dengan sambutan diterima serta syukur mencipta dua rekod baru didalam Malaysia Book of Records. Dalam pada itu, Fazura juga berharap untuk menjadikan Faztival Fazura acara tahunan anjuran syarikatnya.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: