19 September 2022

SERA KONGSI VIDEO HANTAR SHUK TUNAI UMRAH: "JAGA DIRI, DOA BANYAK-BANYAK DI SANA... JADI AYAH YANG BAIK"



Sehingga kini status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera terus menjadi tanda tanya, apatah lagi kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka sama ada masih suami isteri atau sudah bercerai kerana kehadiran orang ketiga.


Terbaru, Sera dalam satu hantaran di Instagram Story, seakan-akan memberi bayangan masih berhubung dengan Shuk secara baik. Menerusi satu video yang dimuat naik, Sera merakamkan detik Shuk bersama anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Sera turut berpesan supaya Shuk memperbanyakkan doa dan berharap menjadi seorang bapa terbaik buat anak-anak mereka menerusi perkongsian berkenaan.

"Jaga diri, doa banyak-banyak di sana (Makkah) jadi ayah yang baik," tulis Sera atau nama sebenarnya Rossalenah Natassyaih Asshaferah.

Klik untuk gambar besar



Menerusi hantaran lain pula, Sera juga turut berkongsi kembali video memperlihatkan Shuk sedang berbual dengan anak-anaknya menerusi panggilan video.

Terdahulu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, pada awal Julai lalu. Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: