19 September 2022

LEONA BELAJAR DI LUAR NEGARA 3 TAHUN - AZHAR SULAIMAN TAK SEDIH: "BALIK DENGAN IMAGE BARU... UK KAN SEJUK"



"3 tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan Image baru.... UK kan sejuk..... hahahahaa," seloroh pelakon Azhar Sulaiman yang berharap supaya anak gadisnya, Kasih Iris Leona akan tampil dengan imej baru dalam tempoh tiga tahun memandangkan cuaca di United Kingdom (UK) sana sejuk.


Umum mengetahui, Leona sudah pun berlepas ke UK untuk menyambung pengajian di sana. Malah, Leona berkongsikan videonya menangis-nangis kerana tidak bersedia untuk meninggalkan Malaysia.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, bapa kepada personaliti media sosial itu ada berkongsikan momen perpisahan dengan Leona dan seorang lagi anaknya iaitu Andika Rees Pahamin.

Difahamkan, Leona akan mengambil jurusan pengurusan manakala kembarnya itu pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Azhar menerusi satu entri lain turut menitipkan pesanan kepada anak-anaknya itu supaya rajin belajar serta tidak meninggalkan solat. Ujarnya lagi, dia tidak sedih anak-anaknya belajar di luar negara kerana mereka sudah biasa menggembara.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian, Azhar berharap supaya anaknya itu akan tampil dengan imej baru dalam tempoh tiga tahun memandangkan cuaca di sana sejuk.

"Mami tak rasa sedih sangat mungkin sebab dorang dari kecik dah biasa travelled all over the world sebab sertai event Jamboree Pengakap / Girl Guides Dunia," tuturnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: