"AJAR PEMBANTU RUMAH SOLAT. Lain kali cakap yang bukan-bukan lagi ya Indah. Ada hari dapat hadiah, ada hari dapat rotan," itulah tulis usahawan Iqbal Zulkefli pada sebuah video dimana dia mengajar pembantu rumahnya bernama Indah untuk solat dengan betul sambil memegang penyapu.
Perkongsian Iqbal menerusi laman Instagram miliknya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan usahawan itu yang disifatkan tidak beradab. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan konten Iqbal itu dianggap bodoh.
Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mengajar solat tetapi tidak perlu memuat naik untuk dijadikan konten kerana ia merupakan aib yang perlu dijaga.
Dalam pada itu, ada yang memberi pendapat adalah lebih baik supaya Iqbal mencari ustazah untuk mengajar pembantu rumahnya itu mengenai ibadah solat.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment