Seorang pengguna TikTok baru-baru ini telah memuat naik video memaparkan pelakon dan pengacara Janna Nick yang hadir ke majlis tayangan filem 'Juang'. Perkongsian video tersebut tular di media sosial.
Dalam video itu, Janna dilihat cukup anggun mengenakan dress berwarna peach. Bagaimanapun, video berkenaan menimbulkan reaksi negatif daripada netizen apabila Janna memakai baju ketat sehingga menampakkan bahagian tidak sepatutnya.
Menerusi ruangan komen, ia telah dipenuhi dengan komen berbaur lucah terutama daripada netizen lelaki. Bagaimanapun, ada netizen meluahkan rasa kurang senang dengan video tersebut.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment