20 September 2022

ISU KONSERT DI KELANTAN - BABY SHIMA LUAH RASA TAK PUAS HATI PENDAKWAH BEBAS BERDIAM DIRI



"Yang kat Kelantan tak nak bersuara ke. Bagitau kat penguasa, pbt, jabatan agama Kelantan, seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu. Tak aci konsert kita je berkali-kali awak menyalak.. konsert dekat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap?


"Bukan ke awak kata konsert haram, amboi isu terpilih ke je berani," itulah tulis penyanyi Baby Shima yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendakwah bebas di media sosial yang berdiam diri tentang pengajuran sebuah konsert di negeri Kelantan.

Perkongsian Baby Shima di Insta Story itu telah menjadi perhatian. Dalam entri tersebut, Baby Shima mempersoalkan tindakan para pendakwah yang tidak bersuara mengenai konsert yang berlangsung selama tiga hari itu.

Dalam masa sama, Baby Shima turut mengatakan sebelum ini ada pendakwah yang mahu melakukan demo besar-besaran untuk membantah konsert yang diadakan di Malaysia.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu perkongsian lain, Baby Shima turut memetik nama Pengurusi Lajnah PAS, Kartini Ahmad yang sebelum ini menegur persembahannya telah menjatuhkan maruah diri serta mencemar kesucian agama Islam.

"Senyap je Pengurusi Lajnah PAS ni, kalau shima laju je bersuara," kata Shima.

Dalam pada itu, Baby Shima turut mempertikaikan tindakan pendakwah PU Syed yang didakwa tidak adil kerana membantah konsertnya tetapi hanya berdiam terhadap konsert di Kelantan itu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: