20 September 2022

NOURUL KOMEN ISU ROSYAM NOR: "MENGHORMATI WANITA? HMM.. TENGOK DIRI SENDIRI LAH"



"Sebagai yang pernah bekerja dengan artis lelaki ni, saya tahu bagaimana dia. Menghormati wanita? Hmm.. Tengok sendiri lah. Terpaksa komen walaupun saya tahu ada yang akan belasah saya on this statement.


"But I dont like this and him. (Not hate). Just dont like," tulis penyanyi Nourul Depp yang tampil bersuara dengan mengatakan dia mengenali sikap sebenar Datuk Rosyam Nor kerana pernah bekerjasama dengan pelakon itu sebelum ini.

Nourul berkata demikian selepas meluahkan rasa kurang senang mengenai video promosi kempen kerajaan yang dilakukan oleh Rosyam Nor dan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dimana ia turut hangat diperkatakan dan dikecam teruk oleh netizen, baru-baru ini.

Dialog 'acah' gangster yang disampaikan itu dikatakan tidak sesuai. Namun Rosyam Nor meminta orang ramai mengambil sisi positif video promosi berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Nourul lagi menerusi satu perkongsian di Twitter, dia terpaksa bersuara meskipun akan ada peminat yang akan mengecamnya. Ujarnya lagi, dia tidak membenci Rosyam, sebaliknya hanya tidak suka tindakannya dan pelakon lelaki itu.

Dalam pada itu, Nourul turut mempersoalkan bagaimana anak lelaki mahu menghormati perempuan lain jika ikon lelaki Melayu bercakap seperti sedemikian. Malah, Nourul turut memberikan situasi bagaimana jika menggunakan ayat tersebut pada ibu, isteri dan keluarga pelakon itu.

Terdahulu, Rosyam Nor tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf kerana dia tidak mempunyai niat untuk merendahkan martabat wanita, sebaliknya hanya mahu memberi kesedaran untuk kaum wanita untuk bangkit dan memajukan diri masing-masing.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: