20 September 2022

SAJAT AKUI DIRINYA DALAM MV: "BARU KORANG TAHU BETAPA CANTIKNYA... SIKIT HABUK PUN TAK ADA BUAT MUKA"



Sebelum ini, nama Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menjadi bualan selepas baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan usahawan sensasi itu dalam sebuah muzik video berjudul 'Kekasih Pujaan' yang dinyanyikan oleh Datuk Sharifah Aini.


Video tersebut sekaligus mengejutkan ramai apabila Sajat dilihat memakai persalinan baju Melayu serta bersongkok dalam muzik video tersebut.

Dalam pada itu, Sajat menerusi satu video tular di TikTok telah mengakui remaja lelaki yang menari dengan lengkap berbaju Melayu itu adalah dirinya serta mengatakan dia memang sudah popular sejak dulu lagi.

Klik untuk gambar besar



"Memang saya pun, kenapa. Cantik sangat saya? Dah kenapa video tu, cantik lawa. Baru korang tahu betapa cantiknya Sajat daripada dulu. Sikit habuk pun tak ada buat muka, daripada dulu muka sama je.

"Tak perlu nak kantoi, saya memang popular dari dulu, muka saya daripada kecik orang nak ambil untuk video klip," kata Sajat yang menjelaskan sejak dari dulu lagi dia tidak mengubah wajahnya seperti yang didakwa netizen.

Pada Februari lalu, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. Sajat berkata dia meraskan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: