Pada Ahad lalu, pelakon Ainul Aishah telah pun selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Khalid Redzuan dalam satu majlis diadakan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Aishah menerusi laman Instagram hari ini dengan muat naik gambar sekitar majlis pernikahannya bersama suami buat tatapan peminat.
Dalam entri tersebut, Ainul meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya dipermudahkan dan berjalan lancar. Kata Ainul lagi, dia kini bergelar isteri kepada lelaki yang sangat penyayang.
Ainul turut meluahkan rasa bertuah apabila diraikan ahli keluarga serta kenalan rapat yang pasti menjadi kenangan terindah serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Klik untuk gambar besar
"Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi,atas berkat doa semua.. urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya.
"I am so thankful for everything, I am finally a wife to the most loving man ❤️ I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day 🥰.
"This memories will last forever in my heart & I would like to say thank you to everyone involved in making my wedding a very special one 🤍 #KARAfinale," tulisnya.
Melihat pada gambar yang dikongsikan, Ainul dan suaminya dilihat cantik dan kacak mengenakan persalinan sedondon putih. Terdahulu, Ainul dan Khalid mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu selepas 5 tahun menjalin hubungan cinta sejak April 2017.
________________________
No comments:
Post a Comment