"Kau cakap ada gambar bogel aku. Tak payah nak ugut-ugut, dedahkan je! Aku pun nak tengok gambar aku tu. Fanatik betul kau dengan aku sampai gambar bogel pun ada. Sebab tiada lagi lelaki dapat gambar bogel aku. Korang memang terlalu taksub dengan aku eh?
"Walau apa pun orang nak judge seburuk sehina apa pun saya selepas ini, I don't give a damn. Banyak lagi aku nak dedahkan. Semua orang yang memburukkan aku selama dua tahun ini akan aku dedahkan.
"I dapat tahu kau tu girlfriend dia, I terus blah (putus). Dah dekat setahun I putus dan muka dia pun I dah tak ingat. Kalau betul I ada pakai ilmu santau nak minta tolong ustaz tengok kat mana masalahnya. Kenapa lelaki tak ikut cakap I? Semua jodoh tak boleh ikut kata pun.
"Wahai netizen Malaysia, memang saya kahwin banyak kali, tetapi suami pertama dah arwah (meninggal dunia), jadi saya tak boleh sentuh. Laki kedua sebab dia ambil ice (dadah), pukul saya sampai cedera dan tak mahu kerja.
Klik untuk gambar besar
"Ketiga saya pisah dengan dia sebab dia gay. Lepas itu laki kaki betina dan kaki pukul. Lepas tu Paan (Da'i Farhan). Kemudian boyfriend 'tebuan' ni dan lepas itu yang Sabah," demikian kata bekas isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan iaitu Erin yang mendedahkan tindakan seorang wanita dimana dia cuba mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya.
Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, menegaskan bahawa dia langsung tidak gentar dengan ugutan wanita yang menggelar dirinya sebagai 'tebuan' itu.
Berikutan itu, Erin menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan ramai lagi individu yang telah memburukkan namanya. Difahamkan, wanita itu dipercayai merupakan teman wanita kepada salah seorang bekas suami Dr Erin selepas bercerai dengan Da'i Farhan.
Malah, Erin turut menjelaskan sebab mengapa dia telah berkahwin dan bercerai sebanyak 7 kali. Tambahnya lagi, dia berpisah dengan suami ketiga kerana didakwa gay, kemudiannya mendapat lelaki 'kaki betina' dan 'kaki pukul', dan barulah bersama dengan Da'i Farhan namun bercerai lagi.
Sementara itu Erin juga mendedahkan dia tidak lagi bersama lelaki berasal dari Sabah seperti mana yang pernah diperkatakan sebelum ini, selepas mendapat tahu wanita 'tebuan' itu merupakan kekasih kepada bekas suaminya itu. Bukan iu sahaja, dia juga menafikan dakwaan kononnya menggunakan ilmu sihir untuk memikat lelaki.
Untuk makluman, Erin berkahwin dengan Farhan di Mekah pada November 2019. Mereka bercerai pada April 2020 ketika Erin sedang hamil dan keguguran ketika usia kandungan dua bulan.
________________________
No comments:
Post a Comment