"Jika kalian ingin melibatkan saya seorang, tidak mengapa. Namun jangan sampai menyebut nama suami dan anak-anak saya. Ada yang mengatakan suami saya tidak menyediakan keperluan yang mencukupi untuk saya, kononnya saya yang bekerja keras dan melahirkan ramai anak.
"Tuduhan tersebut benar-benar jah@t dan semuanya datang daripada mulut perempuan," demikian luah isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai, 29, yang berasa kecewa apabila suaminya itu didakwa gagal menyediakan keperluan secukupnya buat keluarga.
Kata Fazeera yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya, kebanyakan dakwaan tersebut dilontarkan oleh golongan wanita yang sewenang-wenangnya membuat andaian tanpa mengetahui situasi sebenar rumah tangganya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Fazeera yang bimbang dituduh ri@k selain tidak mahu mengundang perasaan d£ngki itu memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci segala pemberian suaminya, serta turut menjelaskan, Fizo sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik dan menyediakan segala keperluan dirinya dan anak-anak tanpa gagal."Tidak mungkin saya perlu memberitahu satu dunia tentang segala yang suami saya berikan kepada saya. Nanti jika saya ceritakan, akan dikatakan saya ri@k pula dan menimbulkan 'ain'.
"Kalaulah benar saya hidup dalam kesus@han, bagaimana mungkin saya mampu melahirkan anak hampir setiap tahun, menyambung pelajaran, melancong, membayar komitmen rumah, kereta dan bil-bil, menanggung keperluan anak-anak serta menyediakan perlindungan insurans yang lengkap untuk mereka? Semua itu dibiayai oleh suami saya.
"Saya juga tidak bekerja sehingga kini, dengan penuh keyakinan bahawa suami saya sentiasa menyokong dan menjaga saya. Jika saya mempamerkan secara berlebihan segala pemberian suami saya, pasti ada pula yang mengatakan saya menunjuk-nunjuk, ri@k atau berasa diri paling hebat," ujarnya.
Disamping itu, Fazeera berkata, dia sentiasa mengingati pesanan suaminya agar menjaga batas perkongsian di media sosial demi mengelakkan timbulnya sal@h faham dan pandangan neg@tif.
"Suami saya pernah berpesan agar kami sentiasa merendah diri di media sosial supaya tidak mengundang pandangan d£ngki dan mengelakkan timbulnya 'ain'. Oleh itu, saya memilih untuk tidak memaparkan apa yang kami miliki demi menjaga hati dan pandangan orang lain.
"Namun begitu, tetap juga timbul tuduhan daripada mulut-mulut yang jah@t dan tidak bertanggungjawab," tutur Fazeera yang mendirikan rumah tangga bersama Fizo pada 21 Oktober 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia sembilan tahun, hasil perkahwinan dengan usahawan Mawar Karim pada 2013, sebelum mereka disahkan bercerai pada 2019.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment