15 February 2026

"ARWAH SATU-SATUNYA ARTIS YANG KITA BOLEH KUTVK & KRIT1K TAK SEPERTI ARTIS SEKARANG... TAK PERNAH BERCERITA BURUK..." - SAHABAT KENANG 34 TAHUN PEMERGIAN SUDIRMAN



"Ya, memang rindu. Dia seorang adik yang manja dan sebenarnya sangat mengharapkan perhatian. Walaupun namanya berada di puncak dan sangat popular ketika itu, dia tetap seorang yang merendah diri. Seperti istilah 'down to earth'.

"Ketika saya dan Odah (Saodah) meluangkan masa bersama arwah, dia tidak bawa diri sebagai artis besar. Kami boleh makan nasi bungkus bersama-sama, bergurau senda, malah boleh mengutuk dan mengkritiknya dengan bersahaja.

"Dia satu-satunya artis yang kita boleh kutvk dan krit1k tak seperti artis sekarang. Tetapi bukan semua orang boleh menegur Sudirman secara terus terang. Walaupun kami menegur dia, kami tak pernah bermasam muka."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata komposer Habsah Hassan, ketika mengenang 34 tahun pemergian penyanyi legenda tanah air, Datuk Sudirman Haji Arshad, yang akan genap pada 22 Februari ini.

Tutur Habsah yang pernah berkongsi suka dan duka bersama Sudirman, kehilangan arwah bukan sekadar pemergian seorang penyanyi berbakat besar, tetapi adik yang amat dekat di hati dan baginya, kenangan terhadap insan seni hebat itu tidak pernah luput, malah rasa rindu terhadap arwah semakin menebal dari tahun ke tahun.
Sementara itu, wartawan senior yang juga pernah mengenali Sudirman iaitu Saodah Ismail mengakui, arwah memiliki keperibadian yang cukup merendah diri walaupun berada di kemuncak populariti, selain arwah juga tidak pernah menceritakan hal buruk mengenai orang lain meskipun sering diasak dengan pelbagai soalan sensasi.

"Dia seorang yang sangat ikhlas. Dia tak pernah meletakkan dirinya di tempat yang tinggi, sedangkan pada zaman itu dialah antara yang paling atas, setaraf dengan Anita Sarawak dan penyanyi-penyanyi hebat lain. Bila bersama kami, dia langsung tak berlagak seperti superstar. Dia cuma seorang yang sederhana dan mudah didekati.
"Arwah tidak pernah bercerita buruk mengenai orang lain walaupun wartawan cuba 'prov0ke' untuk mencari cerita, dia hanya ketawa dan tak memanjangkan perkara itu. Wartawan memang pandai mencari cerita, tetapi dia tetap tak mahu membuka a1b atau bercakap buruk tentang sesiapa," ujarnya.

Untuk makluman, Sudirman meninggal dunia di rumah kakaknya di Lucky Garden, Bangsar, pada 22 Februari 1992 di Kuala Lumpur ketika usia 37 tahun akib@t peny@kit radang paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: